Wednesday, December 03, 2008
Girlfriend Gua

Lu pernah dengar cerita pasal girlfriend gua?

Dulu time sekolah, hidup gua senang. Orang lain sibuk gulung kertas passing-passing surat cinta, gua dengan girlfriend gua lain. Girlfriend gua terus datang kat gua minta cinta gua.

Girlfriend gua gadis paling cun dalam sekolah gua ingat, sampai Cikgu Ghani yang gua meluat itu pun cuba masuk line. Tapi gua cool sahaja, sebab gua tahu girlfriend gua tak layan lelaki tua kepala botak yang pernah kantoi melancap dalam tandas guru.

Dulu kat sekolah gua main takraw. Bukan sikit punya main, sampai peringkat daerah servis kuda gua. Masa training gua jenis yang tak suka pakai baju. Apa cerita tekan tubi hari-hari kalau sembunyi six-pack belakang baju Antioni?

Khabarnya girlfriend gua sangkut kat gua pasal six-pack gua. Tapi gua tak percaya semua itu, sebab lelaki gua bukan dekat badan gua yang cun ini sahaja. Orang putih kata gua ada charm gua tersendiri.

Dalam kelas lu tak payah cerita lah. Setakat soalan Matematik Cikgu Rawi itu, pejam mata gua boleh settle. Ada sekali gua dapat markah penuh ujian Matematik, walaupun gua tak bawa sempoa. Cikgu Rawi sikit lagi nak sujud kat gua.

Subjek favourite gua Kemahiran Hidup. Time itu lah gua nak tunjuk terror kat budak kampung lain. Setakat kayu beroti, gua belah guna tangan je. Itu time lah gua lipat lengan baju sampai basah spender awek-awek kelas gua terliur tengok lengan gua. Gua ingat masa itu girlfriend gua bangga gila dengan gua. Budak perempuan lain berbulu je tengok gua potong kayu beroti untuk girlfriend gua. Siapa suruh muka pecah kedai - kalau tak dah lama gua tolong.

Gua ingat lagi masa hari jadi gua, girlfriend gua buat kek pisang untuk gua. Kenyang makan kek pisang lepas rehat, dia bagi gua kasut Badminton Master cap Bata. First time gua dapat hadiah time hari jadi. Itu time bergegar sekolah, sebab gua seorang sahaja yang ada kasut itu. Killer macam gua memang sesuai pakai Badminton Master. Gila apa girlfriend gua tak makan dan kumpul duit lima bulan nak beli kasut takraw untuk gua. Gua tak pernah faham obsesi girlfriend gua pada gua.

Girlfriend gua sayang gila kat gua. Mak gua pun tak sayang gua macam itu sekali. Asal gua pandang dia dalam kelas je, sure dia dah pandang gua awal-awal. Apa dia tak ada kerja lain ke?

Asal ada practice takraw je, mesti dia yang sampai dulu – sampai gua rimas kena control macho time servis kuda. Tapi gua cool sahaja. Yang gua tangkap terbang dengan girlfriend gua ini, setiap kali practice takraw, sure dia bawa air tebu dan cucur cempedak. Peluh takraw memang kena dengan air tebu dan cucur cempedak. Gua sental dua tiga minit sahaja. Girlfriend gua suka perhati gua masa gua makan. Dia kata cute. Gua layan sahaja.

Girlfriend gua selalu cakap dia akan bayang muka gua sebelum dia tidur. Dia kata kalau boleh dia nak tidur dengan gua. Gua kata jangan jadi gila, tinggi mana pun cinta, agama jangan buat main. Gua kata sebelum tidur gua bayang muka Grace Kelly, pelakon favourite gua. Girlfriend gua mesti main cubit-cubit manja dengan gua.

Girlfriend gua tak habis-habis borak dengan gua dalam kelas. Sampai cerita dia kena marah sebab tak pergi mengaji pun nak cerita kat gua. Ada sekali itu dia cerita kenapa dia kena tolong abah dia dekat kedai runcit. Dia bosan sebab dia nak lepak dengan gadis-gadis desa lain. Dia kata dia malu tolong abah dia kat kedai runcit. Tak barat, katanya.

Gua sound direct. Itu abah lu lah, lu gila apa tak tolong. Apa lu ini anak haram ke tak kenang jasa abah lu. Gua suruh dia minta maaf kat abah dia. Gua memang tak boleh terima sifat-sifat syaitan macam ini. Kata-kata kesat gua agak kick petang itu. Burhan sahabat baik gua boleh angkat ibu jari dan tepuk tangan untuk gua.

Apa dia ingat dia cun dia ingat gua kena selalu cakap bisik-bisik? Gua ingat satu kelas boleh dengar gua maki dia.

Seminggu girlfriend gua tarik muka. Gua buat cool sahaja. Apa lu ingat gua nak pujuk? Dia kangkang macam mana pun gua tak akan pujuk.

Esok sekolah gegar lagi. Abah girlfriend gua datang sekolah cari gua. Berdebar jantung jantan gua dengar Pak Salleh datang bawa Pajero dia yang gua pun tak pasti berapa ratus tahun tak basuh. Lumpur dia memang menangkap. Hantar car wash mana-mana pun sure kena tendang.

Takkan hero sekolah nak goyang kot? Pak Salleh tak jumpa gua, gua sendiri yang cari Pak Salleh. Gua jumpa dia kat kantin sambil pegang air sirap kat tangan kanan gua. Perut gua dah isi siap-siap dengan cucur udang favourite gua. Gua minum seteguk dua, cukup untuk basahkan tekak. Balance gua bagi budak yang tak mampu beli. Gua memang pemurah, biasalah hero kampung.

Kantin macam tahu-tahu gua datang nak one-on-one dengan abah girlfriend gua. Gua punya entrance dah macam wrestling. Burhan memang bangsat, siap angkat sepanduk dengan nama gua. Baru gua tahu Burhan tak reti eja nama gua. Dia pun bukannya pandai sangat macam gua, gua faham.

Gua hulur tangan untuk salam abah girlfriend gua. Kat sebelah dia gua nampak girlfriend gua, sembunyi muka belakang member dia yang tak cun so gua tak berapa nak peduli.

Pak Salleh tak balas salam gua. Dia peluk gua. Tak ada manusia dalam dunia yang pernah sound girlfriend gua macam gua buat sampai girlfriend gua berubah. Pak Salleh berterima kasih dengan gua. Satu kantin bersorak macam orang gila babi.

Saham gua naik lagi.

Dia jemput makan kat rumah. Gua excited. Untung-untung boleh mengendap bilik girlfriend gua time Pak Salleh sibuk cedok nasi. Dia suruh ajak kawan. Burhan ingat gua nak ajak dia.

Girlfriend gua senyum sipu kat gua lepas abah dia blah. Lu ingat gua boleh cair? Gua cool sahaja masuk kelas, haram tak pandang pun muka girlfriend gua. Gadis-gadis lain seperti berharap supaya gua jadi boyfriend dia orang. Gua dah cakap tadi, gua cool sahaja.

Saham gua naik lagi.

Gila punya excited time gua nak pergi rumah girlfriend gua. Baju gua iron tajam-tajam. Gua sebat minyak atar abang gua. Dia punya minyak rambut pun gua slow-slow seludup masuk bilik gua. Sepuluh minit juga gua duduk depan cermin setting rambut. Last-last, stail Bob Dylan yang gua biasa buat juga yang jadi. Gua nak pakai spek hitam arwah abah gua, tapi gua lupa letak kat mana. Baru berangan nak buka spek macam James Bond depan muka Pak Salleh dan girlfriend gua.

Burhan tunggu kat luar dengan basikal dia. Gua suruh dia parking bawah rumah gua. Kita pergi jalan kaki, baru jantan. Tak malu ke kalau rantai basikal tercabut tengah jalan? Kan dah kotor tangan gua kena pusing rantai basikal lu. Apa gua nak cakap dekat Pak Salleh? Tak pasal-pasal dia tuduh gua orang minyak.

Rumah Pak Salleh boleh tahan ramainya. Dah macam kenduri. Relax lah woi, gua baru sound anak lu je, belum gua kasi anak lu beranak lagi. Gua naik tangga rumah baik punya konfiden. Langkah gua jaga, jangan harap lu nak tengok gua jatuh time itu. Macam biasa, seluruh isi rumah sudah pasang mata dekat gua. Burhan tumpang bangga.

Semua orang gua nampak macam bisik-bisik time gua adjust nak bersila. Gua cari-cari awek gua, tak nampak pula kelibat dia. Sibuk masaklah itu. Dalam hati gua, biasalah dah berubah. Baru dia tau gua siapa.

Pak Salleh datang duduk sebelah gua. Dia salam gua dan tanya gua sihat ke tidak. Kalau tak sihat gua tak datang lah. Burhan tunduk sahaja. Malu jadah apa pun gua tak tahu jantan ini, macam dia punya majlis pula.

Gua tanya Pak Salleh mana nasi, sebab perut gua dah berbunyi. Gua tahu Burhan malu nak tanya, sebab itu tunduk macam orang tiada telur.

Pak Salleh kata relax dulu, tunggu semua orang datang. Tunggu Pak Imam datang. Wah, betul punya kenduri Pak Salleh sudah setting untuk gua. Gua bangga dalam diam. Boleh lah gua berkenalan dengan Pak Imam, senang gua nak akad nikah nanti.

Betul punya ramai orang datang. Pak Imam punyalah bersemangat langkah masuk sebelum yang lain-lain berani masuk. Semua berketayap. Gua pula dengan rambut Bob Dylan gua. Semua senyum-senyum kat gua. Gua angkat kepala sahaja, itu sudah cukup dan layak buat mereka yang tak berapa nak handsome macam gua.

Gua ingat Pak Salleh nak passing pinggan, sekali dia passing buku. Apa ingat ini kelab membaca ke? Gua sudah naik angin. Ini sudah melampau. Berani Pak Salleh mempermain perasaan gua. Gua punya lah tak makan dari pagi semata-mata nak tala masakan girlfriend gua, dia boleh pula hulur buku kasi kat gua. Apa dia ingat buku boleh kasi perut gua kenyang ke? Apa dia ingat buku rasa dia sama dengan gulai ikan ke?

Gua geram dan tumbuk lantai rumah Pak Salleh. Pak Salleh tahu gua marah. Lantas dia peluk gua. Lantas gua geli, sebab Pak Salleh memang terkenal dengan bau badan dia. Selamba dia bisik kat telinga gua untuk baca Yassin kat arwah, kasi dia tenang dalam kubur. Burhan letak tangan kat tangan dia kat bahu gua. Dia pun peluk gua kuat-kuat.

Empat tahun dulu ada seorang awek cun meninggal kat kampung ini. Dia tak pernah balas surat cinta gua. Satu pun tak pernah. Tapi dia pernah senyum kat gua masa gua beli kelapa dekat kedai runcit abah dia. Muka dia sebiji muka girlfriend gua.

Eh, girlfriend gua tak habis masak lagi ke?

 
posted by Izham Ismail at 7:34 am | Permalink |


15 Comments: