Thursday, July 03, 2008
Nota Padang Pasir
Lu balik nanti contact gua. Gua nak open table, mana
tau dapat berkat.

Aku delete mesej yang sudah sebelas hari tertinggal di dalam handphone burukku. Hiatus lagi? Cukup cukuplah.

Arab Saudi aku jengah, buat kali kedua – selepas 10 tahun. Terus terang aku takut hendak menjejakkan kaki ke Tanah Haram kali ini. Takut apa? Macam macam cerita aku dengar. Literally kaki aku goyang. Tengok Selangor main kat Shah Alam pun tak berdebar macam ini. Nasib baik tambang free, kalau tak, lama dah aku divert ke NZ Curry House.

Jiwa kosong mesti diubati. Mungkin di sana ada jawapan.

Samar samar aku ingat kata-kata Ustaz yang bagi ceramah semasa kursus dua minggu sebelumnya. Loghat utaranya membuatkan mesejnya lebih menangkap. Mungkin sebab aku dah biasa dengar mak aku berleter. Aku terlena sepanjang perjalanan – terlepas peluang mengintai pramugari berbangsa Arab (yang sememang muhrim dan boleh dikahwini). Bumi Arab tidak seperti dulu – at least untuk 10 tahun yang dulu. Macam orang kampung masuk One Utama jadinya aku.

Keliling aku meriah orang berjual beli, pekik lolong dan mungkin maki hamun – thanks to skil Bahasa Arab level tingkatan tigaku yang semakin berkarat, cukup sekadar pekik lolong dan maki hamun yang aku faham. Kebanyakan mereka pakai jubah, jika tidak kesemuanya – dan mungkin aku seorang sahaja yang berlagak cool memakai t-shirt Padini dan yakin mengenakan jeans Levi’s – tanda sokongan aku pada pembangunan lahiriah negara-negara Arab. Tapi aku silap. Berbekalkan 60 riyal, aku beli jubah pertama aku – yang jangan diharap akan dipakai di bumi Melayu.

Bangunan tinggi mencakar langit. Hotel-hotel mewah di sana-sini. Lobby mengalahkan Balairung Seri istana-istana negeri Melayu. Kalau aku tidak tertipu, chandelier dan lampu bertatahkan emas dan berlian ibarat perkara wajib di setiap hotel. Aku keluar mencari kepastian. Aku di New York kah? 45 darjah celcius walaupun di waktu malam keras menampar kulit Melayuku, yang kononnya sensitif dengan cuaca panas.

Trafik sesak, lebih sesak dari trafik di Shah Alam di waktu Selangor ‘ter’tumbang di tangan Kedah pada final Piala FA beberapa minggu lalu. Kereta yang lalu bukan calang-calang. Semuanya kereta idaman aku. Oh, nak bayar duit jubah pun berpeluh. Nantilah aku beli. Seingat aku, dulu ramai orang berniaga rempah di tepi jalan dan meminta sedekah mencari nafkah. Kini mereka sukar dijumpai. Yang ada hanya kedai-kedai jam tangan ekslusif (yang aku tahu Uptown Danau Kota pun ada), perfume-perfume authentic, hanookah yang real lagi menangkap dan kurma-kurma yang dibalut di dalam kotak, tak ubah seperti kotak Playstation 3. Senang cerita, aku kagum dengan pembangunan negara pengeluar minyak ini. Oh ya, ini negara Islam – lagi lah aku kagum.

Tertanya aku sambil meneguk 7-Up sambil berdiri – agak agak Kuala Lumpur boleh jadi macam ini tak? Ah aku patriotik, mana boleh dibandingkan kota lain dengan Kuala Lumpur. Kita paling hebat!Mungkin aku terlalu sentimental, membuatkan perkara sekecil semut diperbesarkan, tapi dah adat orang over-romantik, nak buat macam mana.

Tapi ini memang buat aku betul-betul jadi gila. Keimananku bergoyang, kelelakianku menjerit, duniaku pusing, hidupku tak tentu arah – perempuan Melayu dilupakan, bila perempuan Arab melintas di hadapanku. Ada sesuatu tentang mereka, yang mungkin perempuan Melayu perlu take note. Mereka graceful, mereka elegant, mereka ahh segalanya. Dan yang paling penting, mereka tidak malu menjadi diri sendiri. Kalau tidak adanya hukum hudud, mahu sahaja di ajak minum di lobby hotel (sambil minum satu lagi 7-Up). Kebetulan aku ke Jabal Rahmah, tempat Adam dan Hawa bertemu buat kali pertama sejak di usir dari syurga. Ustaz aku kata, itulah Paris bagi umat Islam. Kubu cinta mereka bergelar muslim – dan tempat paling sesuai berdoa mendapatkan jodoh. Aku pantas mengambil peluang, harap harap jodoh aku yang iras-iras Gisele Bundchen dan Jessica Alba akan meninggalkan mesej bila aku pulang ke Malaysia nanti. Biasalah aku, orang Melayu, taste mesti tinggi.

Ustaz yang menjadi teman aku di sana namanya Indra, berasal dari Medan. Ilmu agamanya tip top. Tokoh ilmuwan Islam diketahuinya macam aku tahu pemain bolasepak. Tempat-tempat bersejarah di Tanah Haram ibarat shopping complex baginya. Peristiwa penting sejarah Islam begitu penting baginya, hingga dia betul-betul lupa tarikh harijadinya. Kenapa aku Tanya tarikh hari jadinya? Sebab dia lahir pada 1988. Aku sebaya dengannya. Ok, sebenarnya aku lagi tua daripadanya. Dan dia sebenarnya lagi ‘tua’ daripadaku. Aku malu. Tapi aku control sahaja.

Arab bumi Islam, dan sesiapa yang bergelar Muslim halal untuk berada di sana. Aku ambil kesempatan berkenalan dengan mereka yang selama ini berkongsi kiblat denganku. Bahasa kadang-kadang menjadi pembatas tapi niat murni penjalinan ukhuwah ibarat membenarkan aku berbahasa dengan mereka. Setiap waktu solat aku cuba mendekatkan diri dengan mereka, walaupun bau badan mereka tak seindah kaum wanita mereka. Dari Yaman, Indonesia, Pakistan, Egypt, Syria – itu yang aku ingat. Tapi yang pasti, mereka tidak ada Facebook. Dan mereka tak tahu apa itu Facebook, dan mereka tak malu untuk kata mereka tak tahu apa itu Facebook. Aku pun malu sebab pasal Facebook di dalam masjid suci. Tapi mereka tahu siapa itu Mahathir Mohamad. Mereka kata itu Perdana Menteri Malaysia sekarang. Besar mesej itu.

10 hari terasa terlalu sekejap buatku. Alhamdulilah tiada apa-apa yang buruk terjadi kepadaku – selain terlepas peluang mengintai kecantikan pramugari Arab akibat tertidur. Aku terpesona dengan keindahan yang ada di tanah Arab, yang aku sendiri tak tahu yang mana satu. Kuala Lumpur tak akan boleh bagi aku pengalaman ini. Mungkin sebab Kuala Lumpur ada caranya tersendiri. Allah Maha Mengetahui. Aku dapat sahabat baru, pengalaman baru dan mungkin, semangat baru.

Nah gambar sikit sebagai bukti.





Sumpah lepas bergambar aku sembahyang.


Guard dah usha tajam. Nasib baik aku pakai jubah.

Buat aku tambah sayang pada saudara Muslimku.




Oh ya, beberapa malam sebelum bertolak. Syabas Kedah buat kali ini. Syabas Selangor selamanya. (Maaf gambar ini mengganggu - ia terdesak cari waktu siaran)

Jiwa kosong mesti diubati. Mungkin di sana ada
jawapan.

Ustaz tu mesti tersenyum. Okey ustaz, kau menang.


Ada orang nak open table malam ini. Aku mesti imarah, mesti memenuhi jemputan. Makan free memang laju.


Ceh, aku ingat mesej dari jodoh. Tak mengapa, mungkin lain kali.


Over-romantik – biasalah, 10 hari di perantauan.
 
posted by Izham Ismail at 7:12 pm | Permalink |


6 Comments:


  • At 04 July, 2008 14:41, Blogger caliphkaai

    indah sekali jejakkan kaki,
    tanah suci idaman manusia,
    wahai sahabat lembutkan hati,
    moga masuk cahaya Dia!

     
  • At 05 July, 2008 12:23, Blogger rj.zyra

    jealousy menyulubungi diri mendapat tahu encik sanza ke tanah suci. :P Memang banyak pembaharuan kat sana according to Discovery Channel. Maybe belum sampai seru saya lagi.

    Pergi guna visa ziarah yea?

    ah well, welcome back.

     
  • At 05 July, 2008 12:34, Blogger sillybillyinibini

    ko g umrah? x bgtau!

     
  • At 06 July, 2008 17:03, Anonymous Anonymous

    welcome back!!

     
  • At 06 July, 2008 18:11, Anonymous Anonymous

    am pg umrah?
    hehe..
    bagus2...

    aku azam nak pg,
    tp x tau biler lagi..
    doa kan aku weh..
    ko doa berkat sket..hihi

     
  • At 14 July, 2008 10:23, Blogger somebody89

    TANAH SUCI!!argh!! rindunye lps baca ur blog.thx 4 d 'nota pdg pasir'.ingat kembali aku kpd TANAH SUCI yg prnah aku kunjungi 2006.harap2 kita sentiasa berada dlm hidayahnya.AMIN....,SALAM