Bro, kat mana?
Weh kau apa cerita?
Shit, buat apa sekarang?
Weh lama tak
dengar cerita?
Rindu sial kat kau!
Jom lah lepak!
Roger lah aku
anytime!
No hal bro!
Apa apa hal roger!
Haha!
WTF!
Bro. Weh. Exclamation mark. Profanities. Ayat pendek pendek - lambang kuasa dan kehidupan happening si pengguna(s).
Tiga jam berlalu di kedai mamak. Indah khabar dari rupa. Hero alam maya, realitinya hidup segan mati tak mahu. Order teh tarik pun nervous - tidak graceful dan elegan.
Tidak respect mamak, layan macam kuli (lambang kuasa bodoh), panggilan si ibu dibiarkan miss call (lambang hidup independent yang lagi bodoh) dan berbual macam dia moderator bahas yang tak tahu motion - sesat dan menyesatkan.
Tiga jam aku beri mereka masa. Asap rokok gagal buktikan apa-apa.
Mudah sungguh aku tertipu dengan jantan-jantan cool alam maya.
Mungkin sebab mereka terlalu graceful dan elegan di balik tabir sampai lupa dunia realiti ada ruang lebih besar untuk semua itu.
Dan mungkin definisi cool hanya pada gambar-gambar cantik, happening dan in-trend di laman-laman sosial.
Nasib baik aku terima orang seadanya – lepas puas belajar sesuatu daripadanya.
"Tanpa keberanian mimpi tidak bermakna"
- Habsah Hassan
indah khabar dari rupa