Semalam aku mimpi something, something lagi best dari mimpi basah.
*
Thaksin kejut aku pagi Sabtu, ajak beli nasi lemak di koop. Senang pula aku bangun meninggalkan comforter di-Raja menuju ke toilet. Aku sebat sabun dan ubat gigi Thaksin, macam biasa. Thaksin usya panas tapi aku tahu, kalau dia tak bagi, lagi kukuh alasan aku tak mandi.
Air kat toilet semacam punya sejuk. Dua tiga kali aku ulang alik, usya line, cari peluang basuh muka, basah rambut dan gosok gigi sahaja. Thaksin memang cekap, belum sempat aku capai tuala konon-konon dah settle, dia tarik telinga aku, bersepah aku masuk shower.
Bila dah mandi baru datang confident lihat dunia. Bila dah mandi baru boleh berlagak pada kawan-kawan yang selalu permain polisi jimat air dan orientasi mandi bila perlu aku.
Aku kejut Mior, dia tak bangun.
Aku kejut Nazha, dia tak bangun.
Aku kejut Adi, dia tak bangun.
Aku kejut Mukhlis, dia tak bangun.
Aku kejut Tot, dia tak bangun.
Aku kejut Abu, dia tak bangun.
Aku kejut Apek, dia tak bangun.
Aku kejut Wan, dia tak bangun.
Aku kejut Bal, dia tak bangun.
Semalam dia orang tengok movie sampai pukul berapa? Haram jadah tak ajak aku.
“Bukan tengok movie lah, kita orang layan Gossip Girl, cerita baru tu, terbaik. Lagi best dari porn.” jawab Thaksin kasual.
Apa hal tak ajak aku? Thaksin cakap aku tidur awal, sebab aku baru balik Pantai Morib, penat mandi laut.
Aku suruh Thaksin call Majin, sebab aku tahu Thaksin punya kredit tak pernah habis macam air zamzam.
Dan aku tahu, Majin punya wallet tebal untung-untung boleh makan free.
Lepas itu time aku dan Thaksin jalan Lorong Midaq Dedust join from Blok C. Kita orang beli nasi lemak kat koop pastu makan kat wakaf sebelah cafe.
Yang pelik time itu semua orang tak ada, macam KMB milik Ismail, Mohd Nor dan Abdullah Sani.
Macam biasa, balik dari makan, semua yang aku kejut salahkan aku tak kejut dia orang. Dah macam rusuhan kat bilik aku.
Apa cerita aku lupa kejut Cucam? Aku cari-cari Cucam tak jumpa.
Tengah sibuk merusuh, Cucam buat comeback macam hero filem. Semua orang berhenti merusuh. Cucam bawa balik dua plastik besar nasi lemak. Semua happy dan bilik aku dah jadi macam pusat pemindahan mangsa banjir.
Aku minta sikit semua orang tak bagi. Aku geram dan capai comforter di-Raja landing katil Thaksin. Katil Thaksin bersepah macam setan, siap ada majalah Ujang. Aku layan dua tiga muka.
*
Sampai situ sahaja aku ingat. Aku bangun tidur straight type post ini, takut lupa. Aku miss kelas pagi ini.
Oh ya, Thaksin di Czech Republic, bukan sebelah bilik macam dulu nak kejut aku.
Dia orang pun merata-rata, macam mana nak merusuh kat bilik aku.
Aku rindu dia orang agaknya. Harap-harap dia orang sihat dan tidak berubah perangai.
Amin.
Harap-harap kau sihat dan tak ubah perangai.
Since kau blah aku dah tak jejak NZ.