Saturday, January 24, 2009
Tepuk Dada Tanya Dada

Dada akhbar kini lebih hangat dari dada wanita.

Perang, bunuh, rasuah, rogol, politik, benci-membenci.

Mana tidaknya, masing-masing berlumba-lumba tunjuk handal, entah untuk apa dan untuk siapa. 

Awak ingat nyawa awak punya? Awak ingat bom-bom kepala lancau semua itu boleh bawa awak masuk syurga? Awak ingat awak boleh terlepas seksa kubur walaupun tanah kubur itu nenek moyang awak yang punya?

Awak ingat awak malaikat maut? Awak ingat revolver boleh selesai masalah bodoh awak?

Awak ingat konek awak paling power? Awak ingat anak dara orang semua ada nafsu pornstar? Awak ingat anak dara orang yang awak paku tidak ada masa depan?

Awak ingat awak pakai kot awak lagi segak dari orang lain? Awak ingat lepas menang pilihanraya, rakyat boleh letak dekat tepi tayar kereta Mercedes pinjam awak? Awak ingat duit awak semua duit kepala bapak awak?

Awak ingat awak sempurna untuk benci makhluk tuhan lain?

Bangsa putih dengan keputihannya, bangsa hitam dengan kehitamannya, bangsa bangsat dengan kebangsatannya, bangsa bodoh dengan kebodohannya, bangsa ganas dengan keganasannya, bangsa kaya dengan kekayaannya, bangsa zalim dengan kezalimannya, bangsa kuat dengan kekuatannya.

Berlumba-lumba untuk jadi bangsa terhandal - sehingga masing-masing lupa untuk jadi bangsa manusia.

 
posted by Izham Ismail at 5:02 am | Permalink |


14 Comments: