Wednesday, May 06, 2009
Enigma Bahasa

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kau tanya apa kata aku. Dengar ya, aku cuba ulas. 


Aku tak kisah kalau nak disuruh belajar dalam bahasa apa pun, tapi kalau aku ada kuasa, aku mahu belajar dalam bahasa aku berfikir. 


Bangsa aku teruk dibelasah, dikatakan mundur dalam Sains dan Matematik kerana prestasi buruk ketika menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris.


Tahu tak, bangsa aku bukan tak tahu jawab soalan, tapi tak faham soalan dan tak tahu cara terbaik untuk terangkan jawapan. Kerana apa? Bahasa Inggeris bukan bahasa dalam otak bangsa aku.


Sumpah aku tak nafikan kepentingan Bahasa Inggeris. Aku boleh mati kelaparan kalau tidak tahu berbahasa Inggeris di sini.


Tapi aku rasa jelik bila orang permainkan isu bahasa, bahasa apa pun, baik bahasa aku atau bahasa mereka. Masing-masing menjatuhkan maruah masing-masing. 


Bangsa aku dengan yakin angkat bahasa aku sehingga lupa bahasa mereka juga bahasa ilmu. Bahasa mereka angkuh dengan nilai tradisi bahasa mereka sebagai bahasa ilmu sehingga lupa bahasa aku juga ada saham dalam menyampaikan ilmu.


Kau permainkan ilmu kalau kau permainkan bahasa ilmu. Jangan permainkan ilmu, wahai hamba Tuhan.


Aku tak kisah kalau bangsa aku handal berbahasa Inggeris. Aku tak kisah kalau bangsa aku handal berbahasa Melayu. Aku tak kisah kalau bangsa aku handal kedua-dua bahasa. Aku tak kisah kau adun kedua-dua bahasa dan jadikannya bahasa lidah kau, walaupun kadang-kadang ramai yang rasa jelik.


Sumpah aku tak kisah. 


Tapi aku kisah kalau bangsa aku jadi bangsa tak berilmu dan tak berakal hanya kerana bahasa.


Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Jadi kau tanya, aku setuju atau tidak?


Aku tak kisah kalau nak disuruh belajar dalam bahasa apa pun, tapi kalau aku ada kuasa, aku mahu belajar dalam bahasa aku berfikir. 


Hormat bahasa aku, dan hormat bahasa mereka, nescaya ilmu akan datang bersama keredhaan Dia.


Harap aku menjawab soalan, dan kongsi dengan kau sedikit ilmu.


Itu pun kalau kau faham bahasa yang baru aku gunakan.

 
posted by Izham Ismail at 5:43 am | Permalink |


17 Comments:


  • At 06 May, 2009 06:16, Blogger njahmat

    Saudara,

    Saya banyak membaca blog orang tentang isu PPSMI (haha, betul tak akronim yang saya gunakan ini?) ini. Hm, entahla, pada saya, kita hanya dapat lihat kesan positif sesuatu polisi dalam jangka masa panjang.

    Mungkin kini ramai yang bersuara kita perlu ingat tentang pelajar-pelajar yang belajar di kawasan luar bandar yang tidak mendapat pendedahan terbaik kepada bahasa Inggeris. Malah, ada guru yang mengajar bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu!

    Cuba kita imbas kembali zaman atuk nenek dan ibu bapa kita, mereka juga menghadapi masalah ini, apa? Mereka lagilah, dipaksa bertutur dalam bahasa Inggeris di sekolah, nyanyi bahasa Inggeris, lagu-lagu mubaligh dan sebagainya. Tetapi, lihat kini, mereka sangat arif berbahasa Inggeris.

    Saya tidak mengagungkan bahasa Inggeris, tetapi, saya rasa mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris memudahkan kita memahami formula-formula.

    Contoh yang paling ketara, F=MA adalah Force = Mass X Acceleration. Kalau dulu kita belajar Daya = Jisim x Pecutan. Bukankah banyak sangat benda yang perlu kita ingat?

    Cuba baca blog ini, sangat kelakar:

    http://lipassepi.blogspot.com/2009/02/sinatraz-why-i-support-learning-math.html

     
  • At 06 May, 2009 06:40, Anonymous Anonymous

    ey stuju! ~

    im ur blog instant fan.

     
  • At 06 May, 2009 08:10, Anonymous Anonymous

    ...me three

     
  • At 06 May, 2009 08:22, Anonymous motor

    haha, nice am^^

     
  • At 06 May, 2009 10:47, Blogger rj.zyra

    I yang agak okayla dengan english, pun terketar-ketar nak buat assignment dalam english in uni, especially subjek maha interesting LAW, yang bahasa dia juga ada sedikit campuran GREEK, bersyukur jugaklah dengan advantage english yang I ada.

    Comment off topic, but you get the idea lah.

     
  • At 06 May, 2009 15:00, Blogger Syafiq Ridhwan

    setuju. ramai sgt yg perlekeh bahasa sendiri, bagusla ade yg prihatin isu ni.

     
  • At 06 May, 2009 15:46, Blogger ridhwan noordin

    wei am, bahasa otak kau lagi pelik dari bahasa melayu tau tak
    syabas am

     
  • At 06 May, 2009 16:24, Blogger Hazrul Adzfar

    n1

     
  • At 06 May, 2009 16:26, Blogger HEROICzero

    Bahasa jiwa Bangsa?

     
  • At 06 May, 2009 17:03, Blogger Kamal Zafrullah

    one word bro..in malay i say it TERBAIK !
    kena plak aku kena buat paper work discuss pasal Sains n Math ni.pening2.kalau ko post topic ni awal2...confirm aku bawak masuk idea ko ni.

     
  • At 06 May, 2009 21:09, Anonymous Anonymous

    benar sekali.

     
  • At 07 May, 2009 05:03, Anonymous Anonymous

    valid point friend. however, i did take some time to absorb fully what you write, eventhough it is in my own mother tongue. kinda defeats the point. lol ;D

     
  • At 07 May, 2009 11:28, Blogger A m a l

    kalau kau baca post aku "mari belajar bahasa inggeris'...kau akan paham situasi sebenar yang ramai terlepas pandang...

    janganlah kita pikir pasal diri kita sendiri, kerna mungkin kita budak bandar, so, foundation kita in english is strong...

    tapi bagi budak2 lain?

    budak2 luar bandar camner?

    nak tulis surat cinta dalam english pun tak reti, ni plak nak belajar sains dan maths...

    anyway, kau boleh jadi politician am..

    u think about others..that's a good value of yours...

     
  • At 08 May, 2009 16:38, Blogger Ezlan mohsen

    nice one am

     
  • At 12 May, 2009 03:41, Blogger telegramsesat

    menda ni sama ja macam hapuskan import di liga M..beza nya hapus dan guna pakai.haha

     
  • At 13 May, 2009 07:38, Blogger s h e

    good one. as always.

     
  • At 16 May, 2009 15:15, Anonymous Anonymous

    sayangilah bahasa yang ada, hargai bahasa tersebut kerana hanya bahasa itulah yang dapat menerangkan diri kita yang sebenar dengan menggunakan perkataan yang tepat...