Thursday, January 21, 2010
Playlist Di-Raja
Aku ada satu rahsia yang champion nak kongsi. Moga boleh jadi inspirasi untuk memulakan hari kau, kau dan kau.

Kalau rasa malas nak mandi pagi, aku pasang track Know Your Role sambil berjalan masuk toilet – style jalan tak payah ceritalah, ala ala People’s Champ baru lepas layan Rock Bottom kat Triple H.

Untuk effect lebih ganas dan elegan, kening diangkat sebelah – menimbulkan pertikaian, kening siapa lebih menangkap, The Rock atau Ziana Zain.

Lebih champion kalau buat depan cermin yang bersaiz super.

Lepas mandi, lagu Exists biasanya akan mengambil alih, sengaja menimbulkan effect syahdu supaya effect The Rock dapat dineutralkan. Rahsia Pohon Cemara lah biasanya.

Dan hidup bermula bila LFO rampas waktu siaran. Alexi Murdoch pun kadang-kadang bikin haru biru Playlist Di-Raja. Bertumbuk dia dengan Liam Gallagher sebab rampas mikrofon. N’Sync cool je, tak mahu kacau orang tua bergaduh.

John Lennon perhati dari jauh. Paul, Ringo dengan George stand-by kat belakang dia, macam cerita Pendekar Bujang Lapok.

Masa tu aku cakap, hilang punca semua lari bertempiaran. Akon yang gangster pun goyang. Eminem lagi lah, sekali John petik terus demam.

Bila John dengan kawan-kawan tidur, Adam Levine rampas mikrofon. Lepas puas buat suara charming, Jason Mraz dengan Gavin DeGraw pula test market. Line-line ini memang gentleman, sebab lepas perform stage mesti kekal in order.

Tapi kalau Axl Rose dengan James Hetfield pegang mikrofon, siap lah aku nak mengemas stage. Si Mark pun sama, lagi lagi kalau Tom dengan Travis dah start buka baju.

Awie, Amy dengan Aris Ariwatan pun kadang-kadang try nak buat samseng, tapi selalu dia orang kemas balik stage. Sebab air mata penuh siapa nak lap. Aku kesian tengok line-line ini, struggle gila nak masuk playlist orang lain - tak market dan tak fashionable katanya. Menangis-nangis line-line ini merayu kat aku nak feature dalam Playlist Di-Raja.


Kesian dia orang jadi mangsa seni subjektif.

Tapi ada satu time Duta ikut Ahmad Dhani datang. Pasha dengan Ariel senyap-senyap ikut dari belakang. Dia orang ini memang steady, sampai Freddie Fernandez kucar kacir cari alasan kenapa dia orang tak boleh datang dah.

Dalam Playlist Di-Raja, orang jual Char Koay Teow pun boleh feature, asalkan suara boleh challenge Ebiet G. Ade. Nak diskriminasi pergi Palestine. Alah kat sini pun boleh, pandai-pandai lah cari port.

Dan baru tadi Pasha dah check in secara rasmi, bawa sekali dua tiga track. Tapi ada satu yang aku ingat, Kekasih Gelapku. Tercipta Untukku pun boleh tahan dia punya naik.

Pergh itu time, aku sure sudah tarik selimut.

Agak-agak mata aku pun dah nak padam, aku suruh dia orang semua balik. Boleh tengok dia orang tarik muka kat aku macam mana. Macam budak budak.

Basuh kaki, clear tekak, gosok mata, tarik selimut – lepas tu layan doa sebelum tidur. Tiga kul menyusul kalau sempat, mana lah tahu, esok dah tak tengok dunia.

Tidur.

Esok The Rock nak bangun sebab ada benda lagi tak settle dengan Triple H. Nasib baik dia ada Playlist Di-Raja, supaya The Rock lupa nak tarik muka dan benci membenci sesama umat.


Kadang-kadang aku try juga nak feature dalam Playlist Di-Raja, tapi skill tak cukup Satriani dan suara tak cukup Freddie lah. Roslan Aziz sure rasa nak tepuk je belakang aku sekali aku petik. Paula Abdul pun agak-agak boleh hilang sabar dengar aku cuba jadi V.E.

Petik pun sekadar tak nak bagi berhabuk. Tak apa, sedap telinga aku, sedap lah Playlist Di-Raja.

Playlist Di-Raja ada dimana mana, mungkin belakang window IE komputer kau ini pun ada. Cuba tekan minimize tengok, sebab kalau tekan close macam mana kau nak baca blog orang lain pula kan.

Tapi ego aku mengatakan Playlist Di-Raja aku yang paling champion. Habis emosi aku kena main dengan Playlist Di-Raja. Okaylah, at least Playlist Di-Raja sudi nak mainkan emosi aku.

You define your own Playlist Di-Raja. Jangan tarik muka kalau Raihan tiba-tiba buat comeback dalam Playlist Di-Raja aku.

Beauty is in the eye of the beholder. Seni itu subjektif.

Aku ada satu rahsia yang champion nak kongsi. Moga boleh jadi inspirasi untuk memulakan hari kau, kau dan kau.

*

P.S. Aku copy paste post lama. Licik tak?

 
posted by Izham Ismail at 11:59 am | Permalink |


2 Comments: